Satu perkara yang perlu kita ambil kira dalam membuat banner, bunting dan backdrop ialah saiz design asal. Ini tidak terikat sangat kepada poster. Misalnya bunting di atas bersaiz 5 kaki x 9 kaki. Kita mesti pilih fail new untuk photoshop misalnya dengan saiz sebenar iaitu ialah 60' X 108'. Untuk dpi pula kita pilih adalah 300dpi atau lebih tinggi, fail tersebut akan 'memakan' space sekitar 500 - 800MB. Bayangkan kalau pc kita jenis yang 'kodi' (lama atau buruk) setiap kali kita gerakkan objek kita sempat buat teh segelas dengan 2 sudu gula!!! Jika kita kecilkan saiz atau dpi kita akan dapati cetakkannya pula tak menarik.
No comments:
Post a Comment